Pada 5 Julai 2024 bertempat di Aras Mezzanine, Blok G Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diadakan satu Majlis Santunan Budi Lambaian Kasih bagi meraikan mantan Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail yang kini telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR). Beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) daripada 23 Jun 2023 sehingga 24 Jun 2024. Antara sumbangan YBhg, Dato’ Ir. Roslan bin Ismail sepanjang memegang jawatan Pengarah Kanan CPAB adalah:
- Penaung Kelab Sukan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (SEPADU) dan telah mempengerusikan Annual General Meeting (AGM) yang pertama.
- Kerja Naik Taraf Studio BIM yang telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.
- Penaung Program BIM Day
- Penganugerahan Pensijilan JKR (RPD, RPM, QPP, Champion Amalan Terbaik, Assessor Bertauliah dan Knowledge Manager)
Semasa majlis tersebut, satu sesi penyampaian cenderahati kepada KPKR telah disampaikan oleh YBRs Ir. Atikah binti Zakaria, Yang Menjalankan Tugas Pengarah Kanan CPAB.
Sesungguhnya seluruh warga CPAB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengarah Kanan CPAB. Semoga YBhg. Dato’ KPKR sentiasa dirahmati seterusnya berjaya membawa JKR Malaysia kepada tahap yang lebih tinggi.
- 1969 bacaan