Date: Jumaat, November 25, 2022

Semarak Integriti, Program Ikrar Bebas Rasuah Cawangan Arkitek (CA) bagi tahun 2022 telah diadakan pada 23 November 2022. Selain daripada Pengarah-Pengarah CA dan Ketua-Ketua Bahagian, semua warga lantikan baru daripada tahun 2022 dan juga pegawai yang baru bertukar masuk ke Cawangan pada tahun 2022 telah dinamakan sebagai peserta program kali ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Datin Ar. Yong Razidah Binti Rashid Pengarah SME, Menjalankan Tugas Pengarah Kanan Cawangan Arkitek sempena Program Integriti & Ikrar Bebas Rasuah ini.

Ikrar Bebas Rasuah ini telah disaksikan oleh YBrs. Puan Razaliah Ab Rahman selaku Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang telah sudi meluangkan waktu untuk menyempurnakan sesi bacaan Ikrar Bebas Rasuah Cawangan Arkitek pada kali ini.

Selain daripada itu juga Penguasa Kanan, Azeem Hafiz bin Jamaludin – Ketua unit Pendidikan Masyarakat SPRM Kuala Lumpur telah berkongsi ilmu melalui ceramah integriti yang bertajuk Pembudayaan Anti Rasuah Dalam Agensi Kerajaan. Adalah diharapkan semua peserta memanfaat segala iktibar dan mengamalkan mesej integriti yang telah disampaikan.

Seterusnya sesi petang pula telah diadakan Kursus Pengenalan Sistem Pengurusan Bersepadu kepada semua warga lantikan baru daripada tahun 2022. Satu inisiatif baru untuk memberikan penerangan kepada pegawai-pegawai tersebut mengenai Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) yang merangkumi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) dan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR).

Penceramah-penceramah yang sudi berkongsikan ilmu dengan para peserta adalah seperti berikut :

i. SPB – Puan Nurvianti Binti Mohd Jai

ii. SPAS – Ar. Dr. Azlina Binti Aziz

iii. SPAR – Puan Nurul Akmar Binti Mohd Saleh

Adalah diharapkan para peserta mendapat manfaat dalam perkongsian ini untuk diaplikasikan dalam pelaksanaan tugasan di cawangan dan mematuhi sistem Jabatan.