Date: Rabu, Mei 31, 2023

Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek PEMBINAAN MAHKAMAH SESYEN DAN MAJISTRET BAHARU IPOH, PERAK telah diadakan pada 26 Mei 2023 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Cenderawasih, Aras 13A, Menara PJD, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman Bin Md Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, beserta YBrs. Ar. Abd Shukor Bin Ismail, Arkitek Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 3, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, YBrs. Puan Nurul Huda Binti Zainuddin Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, YBrs. Ir. Mohd Zaire Bin Omar Jurutera Awam Penguasa Kanan, JKR Perak serta pasukan projek HOPT, HODT dan perunding serta pasukan projek HOPT, HODT dan perunding.

 

Majlis dimulakan dengan sesi penyerahan Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak kepada kontraktor SERASI VENTURES SDN. BHD. diikuti penyerahan surat Pelantikan Pegawai Penguasa kepada YBrs. Ir. Mohd Zaire Bin Omar Jurutera Awam Penguasa Kanan, JKR Perak.

Projek ini telah diluluskan untuk pelaksanaan di bawah rancangan Malaysia ke-11, rolling plan keempat, tahun 2020 (RMK11-RP4-2020) dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) selaku agensi Pelanggan. Objektif pelaksanaan projek ini adalah meroboh dan membina semula bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret serta fasaliti yang berkaitan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan harapan dan objektif projek ini. Semoga projek ini dapat disiapkan dengan jayanya mengikut kos, kualiti dan tempoh yang ditetapkan selaras dengan aspirasi Pembangunan Negara.