Date: Jumaat, September 15, 2023

Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST), Dokumen Kontrak secara 2 Dalam 1 dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi cadangan PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH BAHARU BACHOK, KELANTAN telah diadakan pada 14 September 2023 (Khamis) di Aras Mazzanine (Blok G) Menara KKR, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

sst mahkamah bachok kelantan

Majlis ini disempurnakan oleh YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya,  berserta YBrs. Ir. Haji Badioezaman Bin Ab.Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ar. IDr.  Azman Bin Md Hashim,Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Jabatan Kerja Raya Malaysia, YBrs. En Shaiful Azli Bin Mahamad Nor,Pengarah Seksyen Pembangunan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, YBrs. Ir. Mohd Suhaili Bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan serta pasukan projek HOPT dan HODT.

Majlis dimulakan dengan sesi penyerahan Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak kepada kontraktor MUTUAL PREMIUM SDN. BHD. diikuti penyerahan surat Pelantikan Pegawai Penguasa kepada YBrs. Ir. Mohd Suhaili Bin Ismail,Pengatrah JKR Kelantan.

sst mahkamah bachok kelantan

sst mahkamah bachok kelantan

sst mahkamah bachok kelantan

sst mahkamah bachok kelantan

sst mahkamah bachok kelantan

Projek ini telah telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Tahun 2021 Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) selaku agensi Pelanggan. Objektif pelaksanaan projek ini adalah membina sebuah bangunan mahkamah baharu bagi menggantikan bangunan mahkamah sedia ada di Bachok, Kelantan.

sst mahkamah bachok kelantan

sst mahkamah bachok kelantan

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan harapan dan objektif projek ini. Semoga projek ini dapat disiapkan dengan jayanya mengikut kos, kualiti dan tempoh yang ditetapkan selaras dengan aspirasi Pembangunan Negara.