Date: Selasa, Disember 31, 2024

30 DISEMBER 2024, Isnin - Satu sesi libat urus telah berlangsung dengan jayanya di antara Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bertempat di bilik VVIP Royale Lounge, Aras 2 Stadium Nasional Kuala Lumpur.

JKR yang diketuai oleh YBhg. Dato' Ir. Hj. Norman bin Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKR WPKL) selaku Pegawai Penguasa Projek bersama-sama Ir. Ahmad Shahruzi bin Ahmad, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB).

Pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pula diwakili oleh Dato' Hans Isaac,Pengerusi;  En. Iliyas bin Jamil,Ketua Pegawai Eksekutif; dan empat orang ahli lembaga pengarah, termasuk Ir. Mohamad Darus bin Selamat,Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aset.

Selepas sesi libat urus, program lawatan ke tapak projek telah diadakan :

  1. Kerja-kerja Menaiktaraf Stadium Axiata Arena,
  2. Kerja Menaiktaraf Kemudahan Dan Peralatan Pusat Akuatik Nasional dan
  3. Kerja Menaiktaraf Pusat Skuasy Nasional.

Menerusi lawatan ini, ianya memberi peluang kepada semua pihak untuk melihat dan meninjau kemajuan projek secara langsung disamping mewujudkan komunikasi dua hala antara pelanggan, JKR dan kontraktor.

Alhamdulillah sesi libat urus tersebut berjalan dengan jayanya dan pelbagai isu teknikal dan strategi pengurusan projek telah dibincangkan bagi memastikan kerja berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat