Date: Khamis, April 28, 2022

Muat turun info laluan alternatif bagi ZON UTARA

Muat turun info laluan alternatif bagi ZON SELATAN

Muat turun info laluan alternatif bagi ZON TENGAH & ZON TIMUR

Sempena musim perayaan, dijangkakan terdapat peningkatan aliran lalulintas di Jalan-Jalan Persekutuan. Jesteru, bagi tujuan mengurangkan risiko kemalangan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia akan mengambil langkah-langkah awal untuk meningkatkan keselamatan dan mengadakan program pemantauan jalan raya Ops Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 pada 29 April 2022 sehingga 03 Mei 2022 (4 hari).

Antara langkah-langkah keselamatan yang diambil adalah:

  1. Pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan rutin disiapkan lebih awal sebelum tempoh Ops Bersepadu kecuali kerja menampal pothole kecemasan dan kritikal sahaja;
  2. Penyelarasan pengurusan lalulintas di setiap daerah dan penubuhan pasukan peronda dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
  3. Penurunan had laju kebangsaan di Jalan Pesekutuan daripada 90km/j kepada 80km/j sepanjang sepanjang tempoh Ops Bersepadu;
  4. Menghentikan sementara kerja-kerja pembinaan jalan dan penyenggaraan sepanjang tempoh Ops Bersepadu;
  5. Memastikan pengurusan trafik di tapak bina adalah di dalam keadaan sempurna; dan
  6. Pemakluman informasi mengenai jalan-jalan alternatif di musim perayaan oleh JKR Daerah yang terlibat.

Jalan Alternatif bagi Laluan Utama

- Sebagai panduan mengurangkan kesesakan lalu lintas, pihak JKR telah mencadangkan beberapa laluan alternatif bagi tujuan melancarkan pergerakan trafik di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. (Rujuk Lampiran Infografik Panduan Alternatif)

Jabatan Kerja Raya Malaysia