Date: Khamis, Jun 6, 2024

Menginjak hampir 23 tahun, istilah pengorbanan berulang dari Ipoh ke Kuala Lumpur tidak pernah diterjemahkan dalam nukil rasa yang penat dan bosan. Begitulah definisi yang senantiasa terpateri dalam kesumat jiwa pegawai JKR ini, YBhg. Sr Datuk Amran bin Hj. Mohd Majid.

Ruang lingkup antara masa bertemu jarak itu, seringkali dimanfaatkan sebaiknya dengan mengulang kaji bagi pengajian sarjana dan akhirnya berjaya menyiapkan tiga buah buku yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Coretan akhir sebuah memoir ini merupakan garapan teristimewa oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia bagi membenarkan rasa kerdil dan memekar rasa kagum pada upaya dan kudrat beliau. 

Jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) diakhiri dengan sesi clock-out terakhir beliau pada 26 April 2024 bertempat di Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur. 

Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Sr Amran bin Hj. Mohd Majid di atas jasa bakti, sumbangan dan komitmen beliau sepanjang perkhidmatan. Semangat beliau dalam menuntut ilmu seharusnya menjadi motivasi dan contoh tauladan kepada warga jabatan yang masih berkhidmat.

pautan video persaraan: https://youtu.be/JEXq1Gi4UI4 (link is external)