MENARA KERJA RAYA ADALAH MENARA BARU KE10 TERBAIK DUNIA

TAHNIAH KEPADA PASUKAN PROJEK KKR2.

Dengan bangganya admin memaklumkan bahawa akhbar Business Insider UK bertarikh 4hb Oktober 2015 telah melaporkan bahawa Menara Kerja Raya (Blok G) telah dinobatkan sebagai Menara Baru ke10 TERBAIK DI DUNIA dan merupakan antara pesaing teratas untuk 15th Annual Emporis Skyscraper Award.

Sesungguhnya pengiktirafan ini amatlah bermakna sekali kepada JKR dan membuktikan bahawa JKR mampu berdiri sama tinggi dengan organisasi teknikal terbaik di dunia di dalam perancangan dan pelaksanaan projek. Dan besarlah lagi harapan Pengurusan Atasan JKR agar Menara Kerja Raya akan mencapai Platinum Rating dengan penggunaan tenaga kurang daripada 90kwh/m2/yr di dalam penarafan Indeks Hijau.