Date: Jumaat, March 17, 2017
Pada 15 Mac 2017 (Rabu) telah diadakan satu mesyuarat dan majlis penghargaan jawatan kuasa kerja & pegawai penilaian skim penarafan hijau (pH JKR) yang telah dipengerusikan oleh pengarah CASKT . Ir Gopal Narian Kutty dan Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga selaku penyelaras dan urusetia penarafan hijau JKR.
 
Tujuan  mesyarat diadakan adalah untuk membincangkan isu pelaksanaan dan status penarafan hijau JKR bagi tahun 2017 serta mengumumkan barisan jawatan kuasa kerja dan penilai penarafan hijau JKR bagi tahun 2017.
 
Sijil penghargaan telah disampaikan oleh pengarah CASKT kepada:
- Jawatan Kuasa Kerja Penarafan Hijau (Bangunan) 2016
- Jawatan Kuasa Kerja Penarafan Hijau (Jalan) 2016
- Jawatan Kuasa Penilai Penarafan Hijau (Bangunan) 2016
Sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas sumbangan idea dan tenaga oleh setiap ahli-ahli jawatan kuasa sepanjang pelaksanaan penarafan Hijau JKR bagi tahun 2016.