Date: Sabtu, November 27, 2021

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) Bilangan 2 Tahun 2021 telah dilangsungkan dengan jayanya pada 25 November 2021, meskipun pelaksanaannya menggunakan pendekatan norma baharu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali dengan kehadiran ahli JPAK yang lain secara atas talian.

Antara lain perutusan dari YBhg. Tan Sri Dato’ Sri KSN telah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada agensi Jabatan Kerja Raya yang dipimpin oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya atas komitmen yang telah diberikan selaku Urus Setia JPAK dengan pelbagai inisiatif yang telah diketengahkan dalam usaha memperkasakan pengurusan aset kerajaan khususnya Pengurusan Aset Tak Alih (PATA).

Sejumlah satu (1) kertas pemakluman dan dua (2) kertas pertimbangan telah dibentangkan oleh pegawai JKR melalui Mesyuarat JPAK Bil. 2 Tahun 2021 kali ini iaitu:

  1. Kertas Pemakluman: Inisiatif Value at Entry (VAE) – pembentangan oleh YBrs. Ir Hjh. Atikah binti Zakaria, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR.
  2. Kertas Pertimbangan:
    1. Building Condition Assessment (BCA) & Building Condition Assessment Rating System (BCARS) serta pengesyoran BCA sebagai tools untuk mengenal pasti brif projek senggaraan atau Pemulihan/ Pemuliharaan/ Ubah suai/ Naik Taraf (PPUN) – pembentangan oleh YBrs. Sr. Dr. Syamilah Bin Yacob, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR.
    2. Pengelasan Kerja Penyenggaraan dan Projek Pemulihan/ Pemuliharaan/ Ubah suai/ Naik Taraf (PPUN) – pembentangan oleh YBrs. Ir Faizul Azlan bin Loman, yang menjalankan tugas Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR.

Mesyuarat kali ini juga telah diserikan dengan sesi taklimat Video e-Knowledge berkaitan Pengurusan Aset Tak Alih oleh pihak JKR dan sebagai tanda kenang-kenangan, di akhir mesyuarat YBhg. Datuk Ketua Pengarah Kerja Raya telah menyampaikan momento berupa replika istimewa Pelan Strategi Pengurusan Aset Tak Alih (PSPATA) 2021 – 2030 kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN.

Semoga Mesyuarat JPAK kali ini terus menjadi wahana rasmi dalam menjana idea dan seterusnya dapat diterjemahkan dalam gerak kerja yang konsisten dalam mengangkat agenda pengurusan aset kerajaan sebagai salah satu kayu ukur kepada kejayaan Aspirasi Keluarga Malaysia.

Disertakan link untuk melihat video seperti berikut:

1) Video e-Knowledge berkaitan Pengurusan Aset Tak Alih

https://drive.google.com/.../12C2osKgGxTETPP5CTmQ.../view... (link is external)

2) Video Peluasan empat (4) dokumen peringkat strategik bagi Pengurusan Aset Kerajaan.

https://drive.google.com/file/d/1UFWPhq2LECl9CgmbKSDw5SvQM1aNtl5Y/view?usp=sharing