Date: Isnin, Mei 16, 2016

Mesyuarat Ke Arah Pemantapan Dan Keberkesanan Pelaksanaan Projek CKBA1, Bil. 1/ 2016 telah dianjurkan oleh Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1) pada 21 – 22 April 2016 bertempat di Bilik Latihan Tingkat 18, Menara PJD dengan tema “ Doing More With Less’..... Mewujudkan Sinergi Bagi Pemerkasaan Penyampaian Perkhidmatan (Inspiring Service Delivery)”. Mesyuarat yang julung kali diadakan ini, bertujuan untuk lebih memahami bagaimana sesuatu projek itu diwujudkan sebelum ianya diserahkan kepada agensi teknikal untuk dilaksanakan, memahami peranan sebenar di setiap peringkat pelaksanaan projek yang dapat mengurangkan jurang perbezaan pendapat di antara Kementerian/Jabatan Pelanggan, HOPT, HODT , Pejabat Pegawai Penguasa dan Sentral Agensi serta dapat meningkatkan kefahaman mengenai pelaksanaan projek secara holistik yang dapat memberikan impak positif kepada pelaksanaan projek di JKR.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Unit Perancang Ekonomi (EPU), semua agensi dan kementerian pelanggan di bawah CKBA1, JKR Negeri, HODT, HOPT dan Pasukan Projek Khas CKBA1. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang seterusnya merasmikan mesyuarat ini. Jumlah kehadiran peserta amatlah menggalakkan di mana semua pegawai atau wakil dari pejabat HOPT, HODT dan JKR Negeri telah hadir dan 93.5% kehadiran dari pihak jabatan pelanggan.

Intipati mesyuarat adalah merangkumi perbincangan isu dan masalah samada yang dihadapi oleh pihak JKR mahupun di pihak pelanggan bermula dari peringkat perwujudan projek sehingga penutupan akaun projek. Selain daripada pembentangan mesyuarat, CKBA1 juga menjemput pihak swasta bagi pembentangan sesi Inspiring Success Story oleh YBhg.Tan Sri Dato’ Sri Ar.Hj Esa bin Hj Mohamed (Arkitek Jururancang (M) Sdn Bhd), YBhg.Dato’Ar.Nafisah Radin (NR Architect) dan YBrs.Puan Nik Airina Nik Jaafar (UEM Group Berhad) serta pembentangan Way Forward oleh TKPKR (Sektor Bangunan).

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.25 tengah hari  dengan ucapan penutup oleh YBhg. Ar. Datuk Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus, Pengarah Kanan CKBA1.

KLIK DI SINI UNTUK PEMBENTANGAN SESI PERTAMA

KLIK DI SINI UNTUK PEMBENTANGAN SESI KEDUA (link is external)