Date: Selasa, Ogos 15, 2023

14 Ogos 2023 – JKR Malaysia telah menerima kunjungan delegasi Universiti Sains Malaysia, diketuai Dekan School of Housing Building and Planning, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rodzi Ismail dan Hanyang University, Korea diketuai oleh Research Professor Dr. Eonyong Kim. Program yang dianjurkan oleh Cawangan Perancangan Aset Bersepadu ini turut dihadiri oleh wakil daripada Cawangan Arkitek dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Sesi pertama program ini dimulakan dengan ucapan kata aluan daripada Ketua Unit BIM, Ir. Ahmad Ridzuan Abu Bakar dan diteruskan oleh wakil USM, Dr. Nooriati Taib yang menerangkan objektif lawatan dan kolaborasi bersama JKR khususnya dalam pendigitalan aset warisan senibina. Program disusuli dengan taklimat pengenalan pelaksanaan BIM di JKR oleh Ir. Mohd Faiz bin Shapiai dan diteruskan dengan agenda utama iaitu taklimat ‘Development of Integrated Information Management Model Based Digital Twin for Architectural Heritage Asset’ oleh Research Professor Dr. Jong Jin Park dari Hanyang University. 

Sesi kedua program merupakan perbincangan mengenai hala tuju kolaborasi penyelidikan dalam bidang pendigitalan aset warisan senibina melalui konsep Digital Twin. Secara amnya, kesemua pihak bersetuju menjalinkan kerjasama dalam kajian pendigitalan aset warisan senibina dan beberapa tindakan susulan telah dirancang bagi merealisasikan kolaborasi ini.

Melalui kerjasama strategik di antara dua buah negara ini, diharapkan lebih banyak perkongsian ilmu dan teknologi dapat dipelajari demi menjamin kelestarian serta kemajuan pengurusan projek dan aset dalam industri pembinaan di Malaysia.