Date: Isnin, March 27, 2017

Mesyuarat Pegawai Integriti  JKR Malaysia Bil 1/ 2017 yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Audit dan Integriti (BAI), Cawangan Dasar Dan Pengurusan Koprat (CDPK) telah diadakan dengan jayanya pada 15 hingga 17 Mac 2017 di Institut Pengurusan Peladang (IPP), Langkawi.

Mesyuarat yang diadakan dua kali setahun ini  WAJIB dihadiri  oleh Pegawai Integriti (PI)  dan Penolong  Pegawai Integriti (PPI) dari 20 Cawangan JKR Ibu Pejabat, 11 JKR Negeri, 3 bilangan JKR Wilayah dan 1 unit KESEDAR, bertujuan untuk memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam JKR dilaksanakan.

Perkara yang dibincangkan adalah meliputi Iktibar daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), Statistik kes Aduan Integriti (2011-2016), Isu yang dibentangkan di dalam  Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) (2014-2016) dan Corruption Risk Management  (CRM)  JKR 2017.

Turut diadakan adalah Majlis Perlantikan  Dan Bacaan Ikrar Pegawai Integriti (PI)  dan Penolong  Pegawai Integriti (PPI) serta Pelancaran Buletin Integriti JKR 2017 (Sila klik untuk download buletin) oleh Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Koprat (CDPK), Ir Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman.

BAI, CDPK mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini.