Date: Selasa, Disember 13, 2016
Mesyuarat Pegawai Integriti  JKR Malaysia Bil 2/ 2016 yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Audit dan Integriti (BAI), Cawangan Dasar Dan Pengurusan Koprat (CDPK) telah diadakan dengan jayanya pada 6 hingga 8 Disember 2016 di Seri Iskandar, Perak.
 
Mesyuarat yang diadakan dua kali setahun ini  WAJIB dihadiri  oleh Pegawai Integriti (PI)  dan Penolong  Pegawai Integriti (PPI) dari 20 Cawangan JKR Ibu Pejabat, 11 JKR Negeri, 3 bilangan JKR Wilayah dan 1 unit KESEDAR, bertujuan untuk memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam JKR dilaksanakan.
 
Terdapat tujuh (7) kertas kerja Pembentangan meliputi :
 
1.         Laporan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) di JKR Tahun 2016 – Pn Nor Hidayah Ismail (sila klik untuk download)
 
2.         Laporan penemuan soal selidik mengenai persepsi integriti dan kesedaran pelaksanaan pengukuhan integriti dalam JKR 2016 – Ir Dr Hannerita Mohamad Zainal (sila klik untuk download)
 
3.         Pelan Tindakan Pengukuhan Integriti (PTPI) JKR bagi Cawangan Arkitek – Tn Hj Zainal Fitri Hassan
 
4.         Pelan Tindakan Pengukuhan Integriti (PTPI) JKR bagi JKR Melaka – Ir Norhisham Launah
 
5.         Analisa kes aduan berdasarkan polisi whistleblowing JKR- Pn Jazlina Nor Sarif
 
6.         Pelaporan Jawatankuasa Integriti Tadbir Urus (JITU) – Datin Noriah Abu Bakar
 
7.         Pelan Pemulihan terhadap isu berulang laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dalam projek JKR (2010-2015) – Ir Dr Hannerita Mohamad Zainal
 
Mohon semua warga JKR menghayati Kod Etika JKR (sila klik untuk download) dan Pelan Tindakan Pengukuhan Integriti (PTPI) JKR 2016-2017 (sila klik untuk download) demi untuk meningkatkan integriti  JKR.
 
BAI, CDPK mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat terutamanya JKR Negeri Perak dalam menjayakan mesyuarat ini.