Date: Jumaat, Disember 6, 2024

Pada 1 Disember 2024 sehingga 3 Disember 2024, telah berlangsung Mesyuarat Penetapan Hala Tuju JKR Malaysia Bagi Tahun 2025 & RMK13 di Hotel Royale Chulan, Seremban Negeri Sembilan. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberi fokus kepada penetapan hala tuju JKR Malaysia, serta strategi dan inisiatif pelaksanaan penyampaian perkhidmatan JKR yang lebih terancang dan berkesan, khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran baru yang timbul pada Rolling Plan 5 (RP5) 2025 dan RMKe-13.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) dan turut dihadiri oleh Ybrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan KPKR (Sektor Infra); YBhg Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa, Timbalan KPKR (Sektor Bangunan); YBrs. Ir. Hj. Zulkifli Bin Abdul Rashid, Timbalan KPKR (Sektor Pakar); Pengarah Kanan Cawangan, Pengarah Cawangan, Pengarah Negeri dan Pengarah Pasukan Projek. YBhg. Datuk Wira KPKR turut mengharapkan perbincangan dapat menghasilkan keputusan dan pendekatan yang lebih praktikal, boleh dicapai dan berkesan dalam menguruskan pelaksanaan projek dan pengurusan organisasi yang lebih strategik.

Perbincangan terarah kepada enam (6) focus area yang telah ditetapkan iaitu :-

  1. Struktur Organisasi;
  2. Kompetensi & Kepimpinan;
  3. Pengurusan Projek;
  4. Pengurusan Aset;
  5. Pengurusan Stakeholder;
  6. Pengurusan Kewangan.

Umumnya, sebanyak 36 inisiatif yang BOLD telah berjaya dihasilkan dan dipersetujui. Kesemua inisiatif yang dicadangkan ini akan diperhalusi lebih lanjut oleh pihak CPAB dan CDPK bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya supaya dapat memberi impak seperti yang disasarkan dalam menyokong Hala Tuju JKR Malaysia Bagi Tahun 2025 & RMK13.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat