Date: Jumaat, Jun 3, 2022

2 JUN 2022 – Mesyuarat Penutup Audit Pensijlan EKSA Ibu Pejabat JKR yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah CDPK telah dihadiri oleh Ketua Auditor, Pn. Wan Rafidah binti Awang Isa bersama dua (2) Auditor EKSA MAMPU serta pegawai-pegawai kanan JKR Malaysia.

Audit yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 30 Mei (Isnin) dan berakhir pada 2 Jun (Khamis) 2022 ini melibatkan 6 menara/blok iaitu:

  1. Menara Kerja Raya (Blok G)
  2. Menara PJD
  3. Blok A (Lama)
  4. Blok B (Lama)
  5. Blok D dan
  6. Blok E.

Alhamdulillah hasil penemuan audit terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan segera oleh Penghulu bangunan yang terlibat selewat-lewatnya pada 7 Jun 2022 (Selasa).  Antara penemuan yang perlu diperbetulkan adalah Sistem Pengurusan Aset dan Pengurusan Dokumen di pejabat.

Justeru itu, diminta semua Penghulu dan Penyelaras bangunan dapat memberi komitmen yang tinggi untuk penambahbaikan terhadap penemuan yang diterima dari Pasukan Auditor MAMPU pada tarikh yang dinyatakan di atas. Kerjasama semua warga JKR dalam membudayakan EKSA amatlah dihargai. Tahniah semua!