Date: Rabu, March 3, 2021

Bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Tingkat 13A, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Menara PJD,  Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 03hb Mac 2021 (Rabu), telah berlangsung Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Dokumen Kontrak, Surat Lantikan Pegawai Penguasa, Lukisan Pembinaan dan Dokumen Pengurusan Risiko   (5 dalam 1)  bagi PROJEK PEMBINAAN BLOK ASRAMA DAN BLOK AKADEMIK DARUL QURAN, JAKIM, KUALA KUBU BAHRU, SELANGOR.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Nik Ainun Zanariah binti Nik Abd Rashid, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 kepada kontraktor yang berjaya iaitu KELOLA HANDAL SDN. BHD dan penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa  kepada YBrs. Ir. Haji Lokman bin Nasir, Pengarah JKR Selangor beserta penyerahan Lukisan Pembinaan dan Dokumen Pengurusan Risiko. Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Aku Janji oleh pihak kontraktor untuk melaksanakan projek dengan tekun dan jayanya dengan kos kontrak berjumlah RM 30,588,647.00. Tempoh pembinaan adalah selama 36 bulan bermula dari Tarikh Milik Tapak 15 Mac 2021 dan Tarikh Siap Projek pada 10 Mac 2024. Kaedah Perlaksanaan Projek adalah secara Konvensional Dalaman.

Turut hadir bersama adalah pihak pelanggan JAKIM diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Apandi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), En. Nik Mohd Ridzuan bin Nik Yaacob, Pengarah Bahagian Kewangan, Pasukan HOPT BPP2 CKBA1 dan wakil daripada pejabat HODT yang terlibat.

 JKR adalah selaku agensi pelaksana projek kerajaan yang bertanggungjawab memikul amanah rakyat bagi memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan, berharap agar kontraktor yang dilantik ini dapat melaksanakan projek dengan tekun dan amanah serta menyiapkan projek ini dalam tempoh masa, kualiti dan kos yang telah ditetapkan.

 

GAMBAR SEPANJANG SESI PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST)

 

Gambar 1 : Penyerahan Surat Setuju Terima kepada Kontraktor

 

Gambar 2 : Penyerahan Dokumen Kontrak kepada Kontraktor

 

Gambar 3 : Bacaan Ikrar Aku Janji oleh kontraktor.

 

Gambar 4 : Penyerahan Dokumen Surat Lantikan Pegawai Penguasa kepada Pengarah JKR Selangor

 

Gambar 5 : Penyerahan Lukisan Pembinaan kepada Pengarah JKR Selangor

 

Gambar 6 : Penyerahan Dokumen Pengurusan Risiko kepada Pengarah JKR Selangor