Skuad Ihsan MADANI Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi telah dilancarkan di perkarangan pejabat JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, pada 4 Disember 2024 (Rabu). Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi melancarkan flag-off misi bantuan banjir tersebut.
Lanjutan itu, satu sesi flag off peringkat jabatan yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg.Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail telah dilaksanakan pada 6 Disember 2024. Penjenamaan semula Skuad Ihsan Madani - JKR Prihatin mencerminkan hasrat nilai MADANI yang berteraskan ‘Ihsan’. Kekuatan Skuad Ihsan MADANI JKR Malaysia melibatkan seramai 85 orang warga kerja daripada pelbagai negeri.
Objektif Misi pada kali ini adalah :
- Menghantar bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir yang terjejas di Kelantan dan Terengganu.
- Pembaikan kerosakan elektrik Baikpulih Papan Suis Utama, Penukaran Lekapan Elektrik, Menimbun Pasir Ke Dalam Laluan ‘Trench’ Bilik Suis, Pengujian Pepasangan bermula 4, 5 & 7 Disember 2024;
- Membantu memulihkan bekalan elektrik di Pusat Penempatan Sementara (PPS) dan Sekolah Menengah yang menjalani peperiksaan.
- Menyantuni Ahli Jawatankuasa Masjid & Pengurusan Sekolah yang terjejas.
Tarikh & penjadualan lokasi yang berjaya dibaiki (kerosakan komponen elektrik) adalah seperti berikut:
TARIKH | LOKASI |
4 Disember 2024 |
|
5 Disember 2024 | Meranti,Jajahan Pasir Mas
Rantau Panjang, Pasir Mas
|
7 Disember 2024
| Jajahan Pasir Mas
Jajahan Tumpat
|
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat #JKRPrihatin
- 1221 bacaan