Date: Isnin, Disember 27, 2021

Seramai 250 pegawai dan kakitangan dari Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Kerja Raya Malaysia (JKR), Team Surau KKR dan Team Jabatan Kerja Raya (JKR) - JKR Prihatin telah bersama-sama menyertai Misi Bantuan Bencana Banjir #JKRPrihatin di Kampung Bukit Changgang, Dengkil pada 25 Disember 2021 (Sabtu).

Para sukarelawan telah dipecahkan kepada 2 zon untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan yang melibatkan 13 buah rumah dan 1 buah surau.

Team KKR dan JKR berkumpul seawal 7.00 pagi sebelum bergerak ke lokasi dan mengadakan gotong royong yang turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, Datuk Ahmad Nadzri Embong; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Haji Mohamad Ir Zulkefly Sulaiman dan Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penswastaan (SUB BPP), Datuk Zahrul Hakim Abdullah.

Team Surau KKR turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan makanan kepada keluarga berkenaan.