Date: Selasa, Januari 19, 2016
 
MATA PEROLEHAN : 20 CCD (CIDB), 15 CEP (DOSH), 8 CPD (BEM), 3 CPD (LAM) & CPD (BQSM)
 
PENGENALAN
 
JKR OSH Day 2016 : Practice Prevention, Avoid Correction bertujuan mempromosi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dalam pembinaan terutamanya kepada penggiat industri untuk sama-sama memahami dan mewujudkan kesedaran tentang isu-isu terkini, piawaian dan undang-undang berkaitan OSH di Malaysia.
 
Seminar dan pameran ini menyediakan platfom perkongsian maklumat mengenai kemajuan teknologi terkini dalam isu-isu keselamatan dan kesihatan yang penting seperti aspek kerja pada ketinggian, keselamatan kren dan strategi inovatif kepada penyelesaian aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
 
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti perkembangan terkini dari pakar-pakar industri tempatan dan antarabangsa, menambah rangkaian rakan sekerja serta rakan perniagaan dalam sektor ini.
 
 
OBJEKTIF SEMINAR
 
1.  Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga JKR dan pelanggan JKR mengenai kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994;
 
2.  Meningkatkan tahap  kefahaman berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kepada semua pihak untuk menjadikan kerja selamat dan sihat sebagai satu budaya kerja seharian;
 
3.  Mewujudkan satu suasana perkongsian maklumat terkini berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di antara pekerja, majikan dan pekerja bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja; dan
 
4.  Mewujudkan peluang dan pendedahan kepada agensi awam serta swasta mempromosi program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang terkini.
 
 
KUMPULAN SASARAN
 
Orang Awam, Kontraktor, Perunding, Pegawai Kerajaan, Agensi Swasta, Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SHO) serta Pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi.
 
 
KADAR YURAN SEMINAR
 
Agensi Kerajaan RM400 | Agensi Swasta RM600 | Pelajar RM100 
.