Date: Rabu, Disember 8, 2021

Pameran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) akan dianjurkan oleh Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU). Program tersebut merupakan acara yang secara eksklusifnya dianjurkan bertunjangkan objektif untuk mengetengahkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang genapnya 100 hari pelaksanaan Aspirasi Keluarga Malaysia dalam kepimpinan negara. Justeru itu, satu program akan diadakan bersempena dengan 100 hari AKM bagi berkongsi kejayaan yang telah dicapai oleh semua kementerian. 

Ringkasan program adalah seperti berikut :

 

i.

Nama Program :

:

100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

ii.

Dirasmikan  oleh :

:

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob,

Perdana Menteri Malaysia

iii.

Tarikh

:

9 -12 Disember 2021

iv.

Tempat

:

Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

v.

Masa

:

9:00 pagi10:00 mlm

vi.

Majlis Perasmian

:

9 Disember 2021  @ 2.00ptg

vii.

Jumlah Pengunjung (Fizikal)

:

20,000 orang

viii.

Jumlah Tontonan Online (Maya)

:

100,000 penonton

 

Majlis tersebut akan dimeriahkan dengan komponen - komponen utama tarikan pengunjung termasuklah Majlis Perasmian, Pameran Kementerian/Agensi Kerajaan, Konsert, Aspirasi Forum Perdana, Program I’m Youth, penyampaian bantuan rakyat dan banyak lagi. Program ini secara strategiknya turut menjadi medium progresif kepada rakyat untuk menghayati erti sebenar konteks Keluarga Malaysia secara lebih dekat. 

JKR yang merupakan agensi di bawah KKR dan penyumbang kepada pengukuran pencapaian 100 Hari AKM akan terlibat dengan pameran bagi booth KKR sepanjang majlis berlangsung. Untuk makluman juga, kesemua 31 Kementerian akan terlibat sebagai pempamer semasa program tersebut berlangsung. 

Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Pameran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) khususnya dalam memberi sokongan kepada booth JKR Malaysia. Bersama-sama kita meuar-uarkan dengan membuat hebahan di cawangan serta negeri masing-masing tentang program ini.