Jabatan Kerja Raya telah membangunkan aplikasi Pengenalpastian Kompetensi (Competency Identification, CI) bagi mengukur tahap kompetensi yang dimiliki oleh pegawai berbanding kompetensi jawatan. Hasil daripada penilaian ini, profil kompetensi sumber manusia di JKR akan diperolehi untuk pengurusan sumber manusia.
Pelaksanaan CI akan melibatkan semua pegawai Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana Skim Perkhidmatan Kejuruteraan (J) sahaja. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar semua warga JKR Skim Perkhidmatan Kejuruteraan (J) melaksanakan penilaian kompetensi menggunakan aplikasi CI secara atas talian di pautan di bawah.
Intranet JKR – https://www.jkr.gov.my - Klik pada pautan MyKJ - KOMPETENSI
Untuk makluman, penilaian CI ini akan bermula pada 14 OGOS 2023 dan akan berakhir pada 28 OGOS 2023. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung perkara ini, dipohon menghubungi pegawai berikut:
Pertanyaan | Nama Pegawai | No. Telefon | @jkr.gov.my |
Competency Identification (CI) | 1. Ir. Norain binti Osman 2. Ir. Wan Nur Azierin binti Wan Azmin |
2. 03-26188675
|
|
MyKJ
|
|
|
|
Web Single Sign On (SSO) | Helpdesk Bahagian Teknologi Maklumat | 03-26107071 |
Helpdesk
|
Kerjasama dan keprihatinan Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam memastikan kelancaran perjalanan penilaian ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
- 1894 bacaan