Pelancaran Majlis Iklan Perdana Pembinaan 10 Buah Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Terengganu telah diadakan pada 14 Ogos 2024 (Rabu) di Bilik Seminar, JKR Kuala Terengganu,Terengganu.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim, Pengarah JKR Negeri Terengganu dan turut dihadiri oleh YBrs. En. Anuar bin Mohd Azlan, Timbalan Pengarah JKR Negeri Terengganu, pejabat HOPT, HODT serta JKR Daerah.
Majlis dimulakan dengan sesi tayangan montaj sepanjang proses perancangan sehingga pengiklanan, kemudiannya diikuti dengan majlis sesi perasmian oleh YBrs. Tuan Pengarah JKR Negeri Terengganu dengan jayanya.
Pembinaan 10 buah Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung ini akan berfungsi bukan sahaja sebagai tempat acara rasmi sekolah, malahan ianya turut berfungsi sebagai pusat komuniti yang menyatukan penduduk dalam pelbagai program dan aktiviti setempat. Dengan adanya fasiliti ini, ianya dapat memberi impak positif kepada pelajar serta menyediakan ruang yang selesa dan kondusif buat semua yang menggunakannya.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia, pasukan projek JKR Negeri Terengganu dan Daerah, serta semua pihak terlibat yang telah memberikan sumbangan terbaik dalam merealisasikan projek ini. Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kebaikan masyarakat, khususnya dalam pembangunan pendidikan di negeri Terengganu.
- 872 bacaan