Date: Jumaat, Julai 15, 2016
 
Sukacita dimaklumkan YBhg. Dato’ Ir. Mohamad Sahimi b Hj. Arshad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya telah dilantik sebagai Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas Bangunan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya (memangku Gred Utama C) berkuatkuasa 18 Julai 2016. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha, yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya di tingkat 33, Menara Kerja Raya pada petang 15 Julai 2016.
 
Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Mohamad Sahimi b Hj. Arshad  di atas pelantikan tersebut. Semoga dengan pelantikan ini akan menjadi pendorong kepada beliau untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR.