Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi JKR Malaysia 2019 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2019 di Negeri Selangor, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk /Dato’ /Datin Sri /Datin /Tuan /Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat daripada YBrs. Pengarah CDPK dengan nombor rujukan (33) dlm.JKR.KPKR:114.020.070/07/1 Jld.10 bertarikh 21 Februari 2019 :
BIL. | ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN | PENYERTAAN | MUAT TURUN GARIS PANDUAN |
1 | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN JKR DAERAH TERBAIK | WAJIB kepada semua JKR Negeri mengemukakan pencalonan | LAMPIRAN A |
2 | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PEJABAT TERBAIK | WAJIB kepada semua Cawangan JKR Ibu Pejabat / CREaTE / JKR Wilayah Persekutuan | LAMPIRAN B |
3 | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PEMBINAAN TERBAIK (INFRASTRUKTUR / BANGUNAN) KATEGORI: PROJEK RM500 RIBU - RM 20 JUTA | TERBUKA kepada semua Cawangan JKR Ibu Pejabat / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR KESEDAR | LAMPIRAN C |
4 | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PEMBINAAN TERBAIK (INFRASTRUKTUR / BANGUNAN) KATEGORI: PROJEK > RM 20 JUTA | WAJIB kepada semua Cawangan JKR Ibu Pejabat/ JKR Wilayah Persekutuan/ JKR Negeri/ JKR KESEDAR | LAMPIRAN C |
Sehubungan itu, semua JKR Cawangan Ibu Pejabat / Negeri / Wilayah Persekutuan / JKR KESEDAR dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah ini. Permohonan penyertaan hendaklah dibuat secara atas talian di eanugerah.jkr.gov.my (link is external) sahaja. Tarikh akhir permohonan penyertaan adalah pada 29 Mac 2019 (Jumaat).
Sila rujuk Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia 2019 yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Anugerah JKR Malaysia
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat
Tingkat 31, Menara Kerja Raya (Blok G)
Ibu Pejabat JKR Malaysia
50480 Kuala Lumpur
03-2618 8695 / 8685 / 8682 / 8404
- 3541 bacaan