Date: Rabu, November 8, 2017

Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Mesyuarat Pengawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 9 Mei 2018 di Negeri Kedah, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat YBhg. Dato’ Sri KPKR dengan nombor rujukan (28) dlm.JKR.KPKR:114.020.070.65 Jld.1 bertarikh 6 November 2017 :

BIL. ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN PENYERTAAN

MUAT TURUN GARIS PANDUAN

1 ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG

Terbuka kepada semua Cawangan/ JKR Wilayah Persekutuan/ JKR Negeri/ JKR Daerah/ JKR KESEDAR

LAMPIRAN A
2 ANUGERAH CEMERLANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PREMIS JKR

WAJIB kepada semua premis JKR Ibu Pejabat/ Wilayah Persekutuan/ Ibu Pejabat JKR Negeri/ JKR KESEDAR

LAMPIRAN B
3 ANUGERAH PENGURUSAN TRAFIK BAGI PROJEK JALAN

WAJIB kepada semua HOPT Cawangan Jalan

LAMPIRAN C


Sehubungan itu, semua JKR Cawangan/ Negeri/ Wilayah Persekutuan/ JKR KESEDAR adalah dipelawa untuk menyertai anugerah ini dengan mengemukakan Borang Penyertaan dan Laporan Ringkas seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang dilampirkan kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 12 Disember 2017 (Selasa). Sila rujuk Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia 2018 yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
 

Urus Setia Anugerah JKR Malaysia
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat

Tingkat 31, Menara Kerja Raya (Blok G)
Ibu Pejabat JKR Malaysia
50480 Kuala Lumpur