PELAWAAN MENYERTAI ANUGERAH JKR MALAYSIA SEMPENA PERSIDANGAN PEGAWAI KANAN (SOC) JKR MALAYSIA 2022
Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Persidangan Pengawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2022 yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2022 di Negeri Perak, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat daripada YBhg. Datuk KPKR dengan nombor rujukan (81)dlm.JKR.KPKR:114.020.070.65 Jld.4 bertarikh 16 Disember 2022:
BIL | ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN | PENYERTAAN | MUAT TURUN GARIS PANDUAN |
---|---|---|---|
1. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Bangunan - Projek RM500 ribu – RM 20 Juta - Projek melebihi RM20 Juta | Terbuka semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / JKR KESEDAR / JKR KETENGAH | |
2. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Infrastruktur - Projek RM500 ribu – RM 20 Juta - - Projek melebihi RM20 Juta
| Terbuka semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / JKR KESEDAR / JKR KETENGAH | |
3. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Mekanikal/Elektrik
| Terbuka semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / JKR KESEDAR / JKR KETENGAH | |
4 | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori SubKontraktor Dilantik (NSC)
| Terbuka semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / JKR KESEDAR / JKR KETENGAH | |
5 |
Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Pengurusan Fasiliti Bangunan (FM)
| Terbuka semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / JKR KESEDAR / JKR KETENGAH | |
6 | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Pengurusan Trafik Di Tapak Bina Bagi Projek Jalan
| WAJIB kepada semua HOPT Cawangan Jalan | |
7 | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Pembinaan Hijau | Tertutup dan penyertaan adalah berdasarkan keputusan Audit Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) oleh Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga (CASKT) | - |
Sehubungan itu, semua JKR Cawangan Ibu Pejabat / Wilayah Persekutuan / Negeri / JKR KESEDAR / JKR KETENGAH dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah ini. Permohonan penyertaan hendaklah dibuat secara atas talian melalui pautan https://eanugerah.jkr.gov.my/ (link is external) sahaja. Tarikh akhir permohonan penyertaan adalah pada 21 Januari 2022 (Jumaat).
Sila rujuk Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia 2022 yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Unit Anugerah Kecemerlangan
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
- 2810 bacaan