Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Persidangan Pengawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai 2023, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat daripada YBhg Dato’ Sri KPKR dengan nombor rujukan (50) dlm.JKR.KPKR:114.020.070.65 Jld.5 bertarikh 6 Januari 2023 :
BIL | ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN | PENYERTAAN | MUAT TURUN GARIS PANDUAN |
---|---|---|---|
1. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Infrastruktur - Projek RM500 ribu – RM 20 Juta - Projek melebihi RM20 Juta | Terbuka semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / Unit JKR KESEDAR |
|
2. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Bangunan - Projek RM500 ribu – RM 20 Juta - Projek melebihi RM20 Juta | Terbuka semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / JKR Kesedar | |
3. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Mekanikal dan Elektrik | Terbuka semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / Unit JKR KESEDAR | |
4. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori SubKontraktor Dilantik | Terbuka semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / Unit JKR KESEDAR | |
5. |
Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Pengurusan Trafik Bagi Projek Jalan | WAJIB kepada semua HOPT Cawangan Jalan | |
6. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Pengurusan Fasiliti Bangunan | Terbuka semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / Unit JKR KESEDAR | |
7 | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Pembinaan Hijau | Tertutup dan penyertaan adalah berdasarkan keputusan Audit Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) oleh Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga |
Sehubungan itu, semua Cawangan Ibu Pejabat JKR/ Wilayah Persekutuan/ JKR Negeri/ Pasukan Projek Khas/ Pejabat Jurutera Daerah/ Unit JKR KESEDAR/ Unit JKR Tentera dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah ini. Permohonan penyertaan hendaklah dibuat secara dalam talian di eanugerah.jkr.gov.my (link is external). Tarikh akhir permohonan penyertaan adalah pada 17 Februari 2023 (Jumaat).
Sila rujuk Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Anugerah JKR Malaysia
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Tingkat 31, Menara Kerja Raya (Blok G)
Ibu Pejabat JKR Malaysia
50480 Kuala Lumpur
- 2547 bacaan