Sempena Persidangan Pengawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2024 yang bakal berlangsung pada bulan Mei 2024 di Negeri Selangor, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia sepertimana surat pelawaan daripada YBhg. Dato’ TKPKR (Sektor Bangunan) dengan nombor rujukan (83)dlm.JKR.KPKR:114.020.070/65 Jld.6 bertarikh 21 Disember 2023:
Justeru itu, sebanyak tiga belas (13) kategori dipertandingkan di mana lima (5) kategori daripada Anugerah Inovasi JKR Malaysia dan lapan (8) kategori daripada Anugerah Kontraktor Cemerlang. Perincian bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
ANUGERAH INOVASI JKR MALAYSIA (AIJ)
BIL | KATEGORI | PENYERTAAN |
---|---|---|
1. | Anugerah Inovasi Pengurusan JKR Terbaik | WAJIB kepada semua Cawangan Ibu Pejabat JKR
|
2. | Anugerah Inovasi Pengurusan JKR Negeri Terbaik | WAJIB kepada semua JKR Negeri |
3. |
Anugerah Inovasi Pengurusan JKR Daerah Terbaik |
WAJIB kepada semua JKR Negeri mengemukakan satu (1) pencalonan daerah
|
4. |
Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik Kategori Projek RM500 Ribu hingga RM20 Juta |
TERBUKA kepada semua projek seliaan JKR
|
5. |
Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik Kategori Projek melebihi RM20 Juta |
TERBUKA kepada semua projek seliaan JKR
|
ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG (AKC)
BIL |
KATEGORI ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG
| PENYERTAAN |
---|---|---|
1. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Bangunan
|
TERBUKA kepada semua projek seliaan JKR |
2. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Infrastruktur
| |
3. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Mekanikal dan Elektrik (M&E) | |
4. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Sub-Kontraktor Dinamakan (NSC) | |
5. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Pengurusan Fasiliti Bangunan | |
6. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Pengurusan Trafik Di Tapak Bina Bagi Projek Jalan | WAJIB kepada semua Ketua Pasukan Projek (HOPT) CAWANGAN JALAN
|
7. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Pembinaan Lestari | TERTUTUP Penyertaan adalah berdasarkan Laporan Audit Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) oleh Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga
|
8. | Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) | TERBUKA kepada semua projek seliaan JKR |
Sehubungan itu, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia dengan melengkapkan borang penyertaan secara atas talian melalui pautan https://eanugerah.jkr.gov.my/ (link is external). Semua penyertaan disyaratkan untuk mengemukakan borang penyertaan, dokumen pembuktian dan slaid pembentangan sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Anugerah.
Garis panduan Anugerah JKR Malaysia boleh dimuat turun melalui laman sesawang J-Pedia JKR atau melalui QR Code yang disediakan di bawah. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2024.
Urus Setia Anugerah JKR Malaysia
Unit Anugerah Kecemerlangan
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
(Tel : 03-2618 8695 / 8681 / 8682 / 8404)
- 3234 bacaan