Date: Selasa, Disember 31, 2024

Sempena Persidangan Pengawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2025 yang bakal berlangsung pada bulan Julai 2025 di Negeri Terengganu, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia sepertimana surat pelawaan daripada YBhg. Datuk Wira, Ketua Pengarah Kerja Raya dengan nombor rujukan (38)dlm.JKR.KPKR:114.020.070/65.Jld.8 bertarikh 23 Disember 2024.

Justeru, sebanyak tiga belas (13) kategori dipertandingkan di mana lima (5) kategori daripada Anugerah Inovasi JKR Malaysia dan lapan (8) kategori daripada Anugerah Kontraktor Cemerlang. Perincian bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

ANUGERAH  INOVASI JKR MALAYSIA (AIJ)

BIL

KATEGORI

PENYERTAAN

KAEDAH PENYERTAAN

1.

Anugerah Inovasi Pengurusan JKR Terbaik

WAJIB

kepada semua Cawangan Ibu Pejabat JKR  

 

Pengemukaan Dokumen Pembuktian Secara Atas Talian

(pautan akan disediakan oleh pihak urusetia setelah permohonan diterima)

2.

Anugerah Inovasi Pengurusan JKR Negeri Terbaik

WAJIB

kepada semua JKR Negeri

3.

 

Anugerah Inovasi Pengurusan JKR Daerah Terbaik

 

WAJIB

kepada semua JKR Negeri mengemukakan

satu (1) pencalonan daerah

 

4.

 

Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik

Kategori Projek RM500 Ribu hingga RM20 Juta

 

TERBUKA

 kepada semua projek seliaan JKR

 

 

 

 

 

Pengemukaan Dokumen Pembuktian Secara Hardcopy

5.

 

Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik

Kategori Projek melebihi RM20 Juta

 

TERBUKA

 kepada semua projek seliaan JKR

 

 

 

ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG (AKC)

BIL

 

KATEGORI ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG

 

PENYERTAAN

KAEDAH PENYERTAAN

1.

 

Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Bangunan

- Projek RM 500 Ribu hingga RM 20 Juta

- Projek melebihi RM 20 Juta  

 

 

 

 

 

 

 

TERBUKA

kepada semua projek seliaan JKR

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengemukaan Dokumen Pembuktian Secara Hardcopy

2.

 

Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Infrastruktur

- Projek RM 500 Ribu hingga RM 20 Juta

- Projek melebihi RM 20 Juta  

3.

 

Anugerah Kontraktor Cemerlang

- Kategori Mekanikal dan Elektrik (M&E)

4.

 

Anugerah Kontraktor Cemerlang

- Kategori Sub-Kontraktor Dinamakan (NSC)

5.

 

Anugerah Kontraktor Cemerlang

- Kategori Pengurusan Fasiliti Bangunan

6.

Anugerah Kontraktor Cemerlang

- Kategori Pengurusan Trafik Di Tapak Bina Bagi Projek Jalan

 

WAJIB

kepada semua Ketua Pasukan Projek (HOPT)

CAWANGAN JALAN

7.

Anugerah Kontraktor Cemerlang

- Kategori Pembinaan Lestari

 

TERTUTUP

Penyertaan adalah berdasarkan Laporan Audit Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) oleh Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga

 

8.

Anugerah Kontraktor Cemerlang

- Kategori Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)

TERBUKA

 kepada semua projek seliaan JKR

 

 

Sehubungan itu, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia dengan melengkapkan borang penyertaan secara atas talian melalui pautan https://eanugerah.jkr.gov.my/. Semua penyertaan disyaratkan untuk mengemukakan borang penyertaan, dokumen pembuktian dan slaid pembentangan sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia.

Garis panduan Anugerah JKR Malaysia boleh dimuat turun melalui laman sesawang J-Pedia JKR atau melalui QR Code yang disediakan di bawah. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Mac 2025.

 

 

Urus Setia Anugerah JKR Malaysia

Unit Anugerah Kecemerlangan

Bahagian Pengurusan Kualiti

Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat

(Tel : 03-2618 8695 / 8682 / 8404 / 8465 / 8464)

 

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat