Date: Jumaat, March 4, 2016

Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi JKR Malaysia 2016 yang dijadualkan berlangsung pada 10-11 Oktober 2016 di Ipoh, Perak, Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) akan dipertandingkan selain daripada Penyampaian Anugerah JKR Malaysia. 

Sehubungan dengan itu, warga JKR yang berminat dipelawa untuk menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2016 dengan mengisi Borang Penyertaan seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan melalui pejabat masing-masing selewat-lewatnya pada 31 Mac 2016 (Khamis) dan dialamatkan kepada :

URUS SETIA KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JKR MALAYSIA

Bahagian Pengurusan Kualiti (BPK), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat,

Ibu Pejabat JKR Malaysia, Aras 31, Menara Kerja Raya (Blok G), Jalan Sultan Salahuddin,

50480 Kuala Lumpur.

No. Telefon: 03 – 2618 8695 / 8685 / 8682

No. Telefax: 03 – 2618 8707

Emel: kualiti.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))

 Mohon perhatian kepada beberapa peraturan bagi penyertaan KIK pada tahun ini seperti berikut :

 i.        Laporan ringkas projek hendaklah sampai kepada pihak urus setia sebelum 31 Mei 2016 (Selasa).

ii.        Laporan lengkap projek bagi setiap kumpulan hanya perlu dikemukakan oleh kumpulan yang melepasi peringkat saringan dan layak ke peringkat akhir pada hari Konvensyen KIK sahaja.

iii.        Setiap ahli kumpulan KIK hendaklah membaca garis panduan yang disertakan untuk keterangan lanjut berkenaan dengan keperluan penyertaan Konvensyen KIK ini.

Sila klik DI SINI   untuk memuat turun Garis Panduan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2016 yang turut mengandungi syarat dan borang penyertaan. Sekian, terima kasih.