Date: Jumaat, March 9, 2018

Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi JKR Malaysia Tahun 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 2 - 3 Oktober 2018, Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) akan dipertandingkan selain daripada Anugerah Inovasi JKR.

Program Konvensyen KIK JKR Tahun 2018 bertujuan menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di JKR akan diadakan bermula pada tarikh iklan ini dikeluarkan seperti butiran berikut;

i) Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga JKR dalam bentuk kumpulan sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang bagi setiap kumpulan;

ii) Semua borang penyertaan KIK daripada pejabat YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan hendaklah sampai kepada pihak urus setia iaitu Unit Inovasi Kejuruteraan, Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), CREaTE JKR selewat-lewatnya pada 31 Mei 2018

iii) Laporan komprehensif projek hendaklah dikemukakan kepada pihak urus setia sebelum 14 Jun 2018;

iv) Setiap ahli kumpulan KIK hendaklah membaca garis panduan yang disertakan untuk keterangan lanjut berkenaan dengan keperluan penyertaan Konvensyen KIK ini.

Sehubungan dengan itu, semua kakitangan JKR Cawangan / Bahagian / Negeri / Unit Khas dengan segala hormatnya adalah dipelawa untuk menyertai Program ini dengan mengemukakan Borang seperti di Lampiran J3 (Garis Panduan Konvensyen KIK JKR 2018) kepada pihak urus setia selewat-lewatnya pada 31 Mei 2018 melalui Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan/ Bahagian atau Negeri (KPPiC / KPPiB / KPPiN) masing-masing dan dialamatkan kepada:

Ketua,
Unit Inovasi Kejuruteraan
Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan,
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE),    
Jalan Kemus, Simpang Ampat                                                                                
78000 Alor Gajah, Melaka.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Program KIK JKR Tahun 2018, sila hubungi:

Nama Pegawai : Shahril Bin Azizi
(T) : 06- 551 2232 samb (2269)
(E) : shahrilazizi.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))

Sekian, terima kasih.