Date: Rabu, Mei 11, 2016

National Blue Ocean Competition (NBOSC) bagi kategori Perkhidmatan Awamtelah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 3hb. April 2016 di Borneo Convention Center Kuching, sempena dengan pelancaran Program Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT).

Inisiatif NBOSC ini mensasarkan penyertaan seluruh penjawat awam di peringkat Persekutuan, Negeri, Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

NBOSC kategori Perkhidmatan Awam juga membuka penyertaan kepada warga Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas termasuk pelajar-pelajar peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta

Hadiah wang tunai melebihi RM100,000.00 ditawarkan kepada para pemenang termasuk RM50,000.00 Dana Permulaan untuk pemenang tempat pertama Agensi Pelaksana yang berkaitan.

Warga JKR adalah amat dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Jun 2016. Klik pautan di bawah untuk muat turun slaid taklimat pertandingan sebagai panduan: