Dengan ini dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai Program Intensif Calon Jurutera Profesional JKR 2025.
Program ini dirangka dengan kerjasama Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) untuk membimbing pegawai JKR dalam bidang Kejuruteraan Awam, Elektrik, dan Mekanikal ke arah pengiktirafan sebagai Jurutera Profesional. Objektifnya termasuk meningkatkan bilangan Jurutera Profesional di JKR, memberi pendedahan mengenai proses Professional Assessment Examination (PAE), dan menyediakan sokongan untuk menghasilkan laporan teknikal yang berkualiti.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di pautan berikut:
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 420 bacaan