Date: Selasa, March 5, 2024

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2024 akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia adalah merupakan satu inisiatif Jabatan untuk memberi pengiktirafan kepada seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu serta memenuhi piawaian pensijilan.

Buat julung kalinya, program pensijilan pada tahun ini akan terbahagi kepada dua (2) Kerangka Pensijilan iaitu Kerangka Pensijilan Kumpulan Pengurusan & Profesional 2024 dan, Kerangka Pensijilan Kumpulan Pelaksana 2024.

Oleh itu, Program pensijilan pada kali ini akan lebih terbuka kepada semua pegawai JKR yang berkelayakan dalam bidang kompetensi yang berkaitan berdasarkan kepada syarat yang dinyatakan dalam Kerangkan Penijilan 2024 bagi Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, Layari Portal Rasmi CREaTE di http://www.createjkr.gov.my/ (link is external)