Date: Rabu, March 5, 2025

Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia adalah satu inisiatif jabatan untuk memberi pengiktirafan kepada seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu serta memenuhi piawaian pensijilan.

Program pensijilan pada kali ini juga mengguna pakai dua (2) Kerangka Pensijilan iaitu Kerangka Pensijilan Kumpulan Pengurusan dan Profesional 2024 dan Kerangka Pensijilan Kumpulan Pelaksana 2024.

Oleh itu, program pensijilan pada kali ini akan lebih terbuka kepada semua pegawai JKR yang berkelayakan dalam bidang kompetensi yang berkaitan berdasarkan kepada syarat yang dinyatakan dalam Kerangka Pensijilan 2024 bagi Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2025, sila hubungi:

NAMA PEGAWAI

NO TEL

EMEL (@jkr.gov.my)

Ir. ZAINUN BINTI TAMBY

06-551 2206

zainunt

ENCIK ROZAIDI EZDWAN BIN ABDUL LATIB

06-551 2293

rozaidial


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berikut:
Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2025 (link is external)
 

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat