Date: Jumaat, Jun 21, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ingin mempelawa pegawai-pegawai JKR yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan, untuk memohon bagi pencalonan sebagai Penasihat Teknikal Mewakili Malaysia kepada Persatuan Jalan Sedunia (PIARC).

Persatuan Jalan Sedunia (World Road Association) atau lebih dikenali dengan nama lama Permanent International Association of Road Congresses (PIARC) telah ditubuhkan pada tahun 1909. Persatuan Jalan Sedunia yang beribu pejabat di Paris, Perancis dianggotai oleh 121 ahli Kerajaan dari seluruh dunia. PIARC adalah berperanan untuk menggalakkan dan menjadi platform kepada perkongsian teknologi dan ilmu pengetahuan berkaitan dengan kejuruteraan, khususnya infrastruktur jalanraya. Malaysia telah menjadi ahli PIARC sejak dari tahun 1988.


DESKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Penasihat Teknikal PIARC adalah pegawai professional yang mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan jalan khususnya, dipinjamkan kepada PIARC bagi tempoh minimum dua (2) tahun, untuk melancarkan pelaksanaan aktiviti PIARC. 

Penasihat Teknikal PIARC Malaysia akan berpejabat di Ibu Pejabat JKR Malaysia Kuala Lumpur sepanjang tempoh lantikan. Namun, pegawai yang dilantik perlu bersedia untuk bekerja di luar kawasan, mengikut kekerapan sepertimana yang diatur oleh PIARC dan Malaysia.


Berikut adalah tugas-tugas Penasihat Teknikal PIARC :

Skop Tugas Utama

  1. Membuat susulan ke atas aktiviti dan hasil output PIARC Technical Committee.
  2. Memantau dan menyelaras seminar antarabangsa, worksyop dan kongres.
  3. Menganalisa PIARC Strategic Theme dan mengenalpasti peluang strategik PIARC yang melibatkan isu semasa dan hubungan teknikal antarabangsa, khususnya dalam bidang kejuruteraan infrastrukutur jalan.
  4. Mempromosikan output dan hasil daripada aktiviti PIARC melalui media sosial, brosur dan lain-lain yang berkaitan.
  5. Membantu memastikan kelancaran pelaksanaan program PIARC Technical Committee dan PIARC Task Forces.
  6. Menghadiri mesyuarat PIARC Technical Committee dan Seminar bagi tema yang berkaitan.            


Skop Tugas Sampingan

  1. Menyertai dan menyelaras pelaksanaan jawatankuasa penggerak PIARC, antaranya; Strategic Plan dan Communication Committee.
  2. Menyertai dan terlibat dalam urusan penganjuran International Winter Road Congress dan World Road Congress.
  3. Memantau projek khas yang dilaksanakan oleh PIARC dari semasa ke semasa.


Skop Tugas Melibatkan Hubungan PIARC - Malaysia

  1. Menyelaras komunikasi dan hubungan antara PIARC First Delegate of Malaysia dengan pihak PIARC.
  2. Membantu Malaysia’s PIARC First Delegate dan Malaysia’s National Committee dalam urusan yang berkaitan dengan PIARC.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Lancar bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Kebolehan bertutur dalam Bahasa Perancis dan Spanish adalah satu kelebihan.
  2. Pengalaman dalam bidang kejuruteraan jalan (rekabentuk / penyeliaan / penyelenggaraan), sekurang-kurangya selama 5 tahun.
  3. Mempunyai pensijilan Road Engineering / Road Maintenance Engineering, sekurang-kurangnya Tahap 2.
  4. Boleh bekerja dalam situasi pelbagai budaya dan bangsa.
  5. Diplomasi dan boleh bekerja dalam kumpulan.
  6. Boleh memberi komitmen untuk bekerja tanpa lingkungan had waktu bekerja bagi tujuan komunikasi antarabangsa.

 

PANDUAN PERMOHONAN

Pegawai yang berminat dipohon untuk mengemukakan :

  1. Resume beserta gambar (format terbuka)
  2. Esei karangan mengenai “Job Scopes at Current Workplace” dalam Bahasa Inggeris

Permohonan boleh dikemukakan menerusi emel kepada Pn. Nur Qistina Abdullah; emel NurQistina.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail)) atau menghubungi talian 03 - 2610 7479 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Tarikh Tutup Permohonan : 1 Julai 2019 (Isnin)