1. Sukacita dimaklumkan bahawa satu pameran inovasi antarabangsa iaitu 27TH INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX) 2016 akan diadakan pada 12 – 14 Mei 2016 bertempat di PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR (KLCC).
2. JKR Malaysia akan menyertai pameran ini yang dianjurkan oleh MINDS (Malaysian Invention & Design Society) dan sebanyak sembilan (9) produk inovasi akan dipertandingkan. Sila klik DI SINI (link is external) (link is external)untuk melihat senarai sembilan (9) produk inovasi JKR Malaysia yang menyertai ITEX 2016 dan pelan lokasi gerai pameran JKR Malaysia.
3. Seluruh warga JKR Malaysia adalah dijemput untuk melawat ke ITEX 2016 sebagai tanda sokongan kepada kesemua produk inovasi JKR Malaysia yang akan dipamerkan dan dipertandingkan.
4. Berikut adalah aturcara ITEX 2016 untuk makluman dan rujukan pihak tuan/puan selanjutnya.
TARIKH/MASA | ATURCARA |
KHAMIS, 12 MEI 2016 | HARI PERTAMA |
9.00 pagi – 6.00 petang | Pameran kepada pengunjung |
JUMAAT, 13 MEI 2016 | HARI KEDUA |
9.00 pagi – 6.00 petang | Pameran kepada pengunjung |
SABTU, 14 MEI 2016 | HARI KETIGA |
9.00 pagi – 2.00 petang | Pameran kepada pengunjung |
Sekian, terima kasih.
Bahagian Penyelidikan & Inovasi
Cawangan Latihan & Inovasi
JKR Malaysia.
“BERSAMA KITA MENAIKKAN MARTABAT JKR MALAYSIA KE PERSADA ANTARABANGSA”
- 705 bacaan