Date: Jumaat, November 18, 2016
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/ Dato’ / Tuan / Puan,
 
PEMAKLUMAN PENDAFTARAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH BAGI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (P&P) YANG INGIN MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN IJAZAH KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPENUH MASA UNTUK SESI 2017 / 2018
 
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) untuk mengikuti Pengajian Cuti Belajar Bergaji Penuh secara sepenuh masa sesi 2017/2018. Sehubungan dengan itu, pegawai daripada pejabat YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan yang berminat dan layak perlu mendaftar dengan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) untuk pengajian seperti berikut:
 
Bil Jenis Pengajian Tahun Pengajian
a. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)  & Tajaan selain HLP 2018
b. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) 2017

 

3.        Pendaftaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Pendaftaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Sesi 2017/2018 seperti di Lampiran 1 dan menyemak Bidang Pengajian Keutamaan Jabatan di Lampiran A dan Syarat-Syarat Permohonan di Lampiran B semasa mengisi borang pendaftaran tersebut.
 
4.         Borang Pendaftaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Sesi 2017/2018 yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan melalui email iaitu Kompetensi.bpsk.jkr [at] 1govuc.gov.my atau dihantar ke alamat seperti berikut:
 
 Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
 Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
 Tingkat 30, Blok G,
 Ibu Pejabat JKR Malaysia
 Jalan Sultan Salahuddin
 50582 Kuala Lumpur.
 
5.      Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan selewat - lewatnya pada  9 Disember 2016.  Jabatan  tidak akan memproses permohonan cuti belajar pegawai yang :
 
a)    Tidak berdaftar dengan BPSK, CDPK.
b)    Lewat mengemukakan permohonan selepas tarikh yang ditetapkan iaitu pada 9 Disember 2016.
c)    Mengemukakan dokumen yang tidak lengkap.
d)   Tidak menepati syarat-syarat permohonan seperti di Lampiran B.
 
6.     Pegawai yang melepasi tapisan awal akan dimaklumkan oleh urus setia pada tarikh yang ditetapkan kelak untuk mengisi Lampiran C1 atau Lampiran C2
 
7.     Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’ / Tuan / Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
 
Unit Kompetensi
Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia
b.p Ketua Pengarah Kerja Raya
Malaysia
 
Pegawai untuk dihubungi:
 
Mohd Eikmal  Bin Ahmad   tel: 03 – 2618 8668                                   mail:eikmal.jkr [at] 1govuc.gov.my
Wan Siti Faeza bt Wan Ismail  tel: 03 – 2618 8656                              mail:WSFaeza.jkr [at] 1govuc.gov.my