Date: Jumaat, April 15, 2022

(1)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Rahmat bin Haji Abdul Rahman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Jabatan Kerja Raya memangku Jurutera Awam Gred Utama A dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 11 April 2022.

Tahniah diucapkan di atas perlantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan). Semoga YBrs. Ir. Rahmat bin Haji Abdul Rahman dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, professional dan berintergriti dalam memastikan jabatan ini terus cemerlang. Semoga YBrs. Ir. Rahmat bin Haji Abdul Rahman dapat memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.

(2)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Dr. Balamurugan A/L A.Gopal diluluskan pemangkuan ke Jurutera Awam Gred Utama C dan dikekalkan sebagai Pengarah, Cawangan Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 11 April 2022.

 

(3)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa YBrs. Sr Noraisah binti Kadirin ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Khidmat Pakar, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya memangku Juruukur Bahan Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 11 April 2022.