Date: Rabu, March 24, 2021

Majlis penyerahan projek siap bagi projek pembaikan di Bangunan Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia – kerja-kerja pembaikan dan penggantian sistem perpaipan dalaman dan sanitari yang telah diadakan pada 22 Mac 2021 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tingkat 19, Sunway Putra Tower, No.100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi – 12.30 tengah hari.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Ir. Hj. Mohamad Zaini bin Bakar, Jurutera Mekanikal Penguasa mewakili Pengarah JKR WPKL kepada En. Zainal Abdin bin Ab. Manaf, Naib Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

 

Turut hadir sama ke majlis ini adalah di kehormat dari Agensi, Jabatan dan wakil pihak kontraktor, iaitu :

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

En. Matias Kundapin, Pengarah Bahagian Pentadbiran, Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

 

Jabatan Kerja Raya

Ir. Amirrudin bin Mohamed, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat.

 

Kontraktor

Puan Kayah binti Abd Hamid, Pengarah Urusan Fireaire Corporation Sdn Bhd.

 

Pengurus program bagi projek ini adalah CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2 (CKBA 2). Pelaksanaan pembinaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman iaitu dengan menggunakan kepakaran dalaman. JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia projek ini di tapak bagi memastikan kualiti projek ini pada tahap yang tertinggi. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah Fireaire Corporation Sdn Bhd.

Projek kerja-kerja pembaikan dan penggantian sistem perpaipan dalaman dan sanitari di Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini melibat menanggalkan peralatan sediaada dan memasang peralatan baru sistem perpaipan dalaman dan sanitari, Pembinaan rumah pam baharu, pembinaan lantai bilik riser, pembaikan siling dan pengubahsuaian ruang tandas.

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 8 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) diperakukan sembilan (9) hari lebih awal dari tarikh siap kontrak.
  2. Lukisan Siap Bina (As Built Drawing) dan Operation & Maintenance Manual (OMM)
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
  4. Penyerahan projek kepada pelanggan pada tarikh CPC dikeluarkan.
  5. Penyediaan Manual Kepenggunaan (user Training) kepada kakitangan Suruhanjaya Korperasi Malaysia
  6. Zero Major Defects
  7. Zero Lost Time Injuries
  8. Penyediaan Coffee Table Book