Date: Jumaat, Februari 23, 2024

Duit syiling peringatan sempena sambutan ulang tahun ke-150 Jabatan Kerja Raya Malaysia telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 5 Disember 2023 yang lalu.

Ia dikeluarkan khas bagi menghargai sumbangan besar Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia kepada pembangunan infrastruktur dan pemodenan negara.

Duit syiling tersebut terdiri daripada dua bentuk iaitu :

1. Duit syiling Perak Sterling Berwarna (pruf). Berat 29.9 gram (Komposisi Ag92.5)

2. Emas Nordic brilliant uncirculated (B.U.). Berat 8.5 gram (Komposisi Cu89 Zn5 Al5 Sn1)

Duit syiling Perak Sterling Berwarna (pruf) yang dikeluarkan buat pertama kali di Malaysia dalam bentuk heksagon berdasarkan bentuk logo JKR itu sendiri, diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan mempunyai berat 29.9 gram.

coin

Duit syiling Emas Nordic (brilliant uncirculated) diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain ini mempunyai berat 8.5 gram.

coin

Daripada dua (2) bentuk yang disediakan, duit syiling peringatan ini dijual dalam 3 kombinasi iaitu :

1. Coin Card - syiling Emas Nordic (B.U.) dimasukkan dalam satu kad momento. Ditempa oleh Bank Negara Malaysia sebanyak 5,000 keping. Kuantiti terhad sebanyak 1,666 keping diperuntukkan untuk semua warga JKR.

Harga Jualan : RM 18.50.

2. Set Single - syiling Perak Sterling Berwarna (Pruf) di dalam kotak kayu Premium. Ditempa oleh Bank Negara Malaysia sebanyak 1,000 set. Kuantiti terhad sebanyak 333 set diperuntukkan untuk semua warga JKR.

Harga Jualan : RM 442.00

3. Set of 2 - syiling Perak Sterling Berwarna (Pruf) dan syiling Emas Nordic (Pruf) di dalam kotak kayu Premium. Ditempa oleh Bank Negara sebanyak 1,000 set. Kuantiti terhad sebanyak 333 set diperuntukkan untuk semua warga JKR.

Harga Jualan : RM 497.00

Jualan terhad akan dibuka kepada warga JKR sahaja mulai 1 Mac 2024 (Jumaat) jam 9.00 pagi sebelum jualan umum dibuka oleh Bank Negara Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia sekitar Jun 2024.

Link pembelian hanya akan diberikan mulai 1 Mac 2024 yang perlu disertakan bersama pembayaran penuh.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki syiling peringatan bersejarah ini sebagai lambang kebanggaan warga JKR menerajui pembangunan negara sejak 150 Tahun yang lalu. Ia bakal menjadi kenangan tidak ternilai sebagai edisi terhad yang menjadi rebutan pada masa akan datang.

Untuk tempoh terhad sehingga 1 MEI 2024, pembelian awal (termasuk pembayaran) dibuka melalui link pembelian (termasuk gambar2 syiling) di bawah :

Klik disini untuk pembelian Duit syiling peringatan sempena sambutan ulang tahun ke-150 Jabatan Kerja Raya Malaysia. (link is external)