Date: Selasa, Disember 13, 2022

Ucapan syabas dan tahniah kepada pegawai JKR yang telah menyumbangkan perkongsian ilmu berkaitan dengan kepakaran dalam bidang pengurusan projek. Platform atau medium persidangan tersebut pastinya menjadi wadah yang bernas dalam merekayasa penambahbaikan mutu perkhidmatan dan memberi nilai tambah yang tinggi kepada pengetahuan baru. Penglibatan warga JKR dalam persidangan-persidangan luar adalah sebahagian daripada strategik organisasi ke arah memantapkan keberhasilan dan penyampaian industi pembinaan di negara ini.

Penceramah (Speaker) jemputan dari JKR adalah YBrs. Ir. Ts. Dr. Zarabizan bin Zakaria, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, JKR Malaysia. Topik yang disampaikan adalah 'Integrated Digital Delivery (IDD): Influences on Project Performance in Construction Industry’.

Sesungguhnya penglibatan warga JKR mampu menjadikan Penjawat Awam sebagai sesuatu yang “Berharga” dan juga memberi implikasi besar dalam penyampaian perkhidmatan kepada industri pembinaan. Semoga, penglibatan warga JKR akan terus ditagih dan diperlukan dalam industri pembinaan di dalam serta di luar negara. Diharapkan sumbangan ini menjadi pemangkin dan pendorong kepada seluruh warga JKR untuk terus menabur bakti ke arah menterjemahkan Prestasi Cemerlang sebagai agensi teknikal yang terulung.