Date: Rabu, September 6, 2023

Pembentangan dua (2) kertas kerja penyelidikan dalaman di antara Makmal Penyelidikan Senibina, CREaTE dan Cawangan Arkitek, IPJKR Malaysia di bawah penyelidikan “An Application of Analytical Hierarchy Process (AHP) for Selection of Architectural Finishing Material Focusing on Heritage Building” bertajuk  “THE MISINTERPRETATION TERMINOLOGY OF ‘MARSEILLES’ HERITAGE CLAY ROOF TILES IN MALAYSIA’S CONSERVATION PROJECT” dan “APPLICATION OF HERITAGE CLAY ROOF TILES IN MALAYSIAN GOVERNMENT BUILDINGS: AN OVERVIEW” telah dibentangkan di Prague Heritage Conference 2023 - Past and Present: Built and Social - A Conference on Culture, History, Art and Design di Prague, Republic Czech pada 28 hingga 30 Jun 2023.

Pembentangan ini telah berjaya disempurnakan oleh penyelidik yang terlibat iaitu oleh Arkitek JKR; Dr. Mohd Sabere Sulaiman dan Puan Masyitah Abd Aziz di mana persidangan ini telah turut disertai oleh arkitek, konservator, jurutera, perancang bandar dan pakar sejarah dari lebih 60 buah negara.