Date: Selasa, September 3, 2024

Pada 26 hingga 27 Ogos 2024 telah berlangsungnya Pacific Association of Quantity Surveyors Congress 2024” bertempat di Brunei Darussalam. Persidangan ini telah disertai oleh YBhg. Datuk Sr Ts. Mohd Nasir bin Saari, Juruukur Bahan Penguasa, Makmal Penyelidikan Ukur Bahan di Bahagaian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Datuk Sr Ts. Mohd Nasir bin Saari telah membentangkan dua (2) kertas penyelidikan yang bertajuk J-Selaras: A new innovation model for rate rationalization in contract documents”  danNavigating policy challenges in Malaysia’s construction sector: The governmental dilemma on the the issue of foreign labour shortage in Malaysiadi dalam persidangan berkenaan. Penyelidikan ini adalah kolaborasi di antara CREaTE bersama Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Malaysia.

Penyertaan di dalam persidangan ini merupakan salah satu platform bagi mempromosikan hasil penyelidikan yang dilaksanakan oleh warga CREaTE khasnya dan JKR Malaysia amnya di peringkat antarabangsa. Dalam masa yang sama, penyertaan di persidangan ini telah membuktikan kemampuan kakitangan JKR dalam melaksanakan projek penyelidikan yang dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan teknologi kejuruteraan di Malaysia.