Date: Jumaat, Ogos 30, 2019

Tahniah diucapkan kepada Encik Anuar bin Pawan, Jurutera Mekanikal Kanan, JKR Malaysia yang sedang mengikuti pengajian kedoktoran sebagai pembentang kertas kerja di Symposium On Frontier Materials And Industrial Applications (SFMIA2019) yang telah diadakan di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam pada 29 Ogos 2019. Pembentangan beliau bertajuk “Optimization of Resistance Spot Welding Parameters (Single Response) using Taguchi Method” merupakan sebahagian daripada penyelidikan kimpalan bahan bersama penyelidik dari Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UITM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam industri kimpalan dan pembuatan bahan termaju.

                          
Pembentangan kertas kajian bertajuk “Optimization of Resistance Spot Welding Parameters (SingleResponse) using Taguchi Method”

                         
             Encik Anuar bersama penyelia utama, Dr Ir Anizahyati Alisibramulisi (hadapan) dan penyelia bersama Dr Zuraidah Salleh

                          
                                                           Sijil penghargaan pembentangan daripada pihak penganjur

 

SFMIA2019 dengan tema "Harnessing the Contribution of Materials and Industrial Technologies for Achieving the Sustainable Development Goals (SDGs)" menghimpunkan ahli-ahli akademik, para penyelidik dan para professional dari Malaysia dan antarabangsa yang terlibat dalam penyelidikan bahan industri termaju pembuatan dan pembinaan berkongsi pengetahuan, hasil penyelidikan, bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan penyelidikan dalam bidang sains bahan, kejuruteraan dan teknologi industri.

Encik Anuar juga telah membentangkan kertas kajian bertajuk “Tensile Properties of Reclaimed Steel Rail Jointing System” di International Conference on Key Engineering Material (ICKEM 2019) yang berlangsung di University of Oxford, UK pada 29 Mac – 1 April 2019. Beliau juga merupakan ahli professional Jawatankuasa Teknikal International Conference on Key Engineering Material (ICKEM2019) dalam penilaian kertas kajian dalam bidang yang sama.

 
                                     





Tahniah diucapkan dan semoga maju jaya dalam penyelidikan beliau. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kepada warga JKR terus terlibat dalam penyelidikan dan pembentangan kertas kerja di masa hadapan.