Date: Rabu, November 8, 2017

Pada 24-25 Oktober 2017, telah berlangsung “KAKUSHIN 2017-THE 6th ASIAN SAVE INTERNATIONAL VE CONFERENCE IN CONJUNCTION WITH THE 50th SJVE CONFERENCE” di Arcadia, Ichigaya, Tokyo, Jepun. Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ibu Pejabat JKR telah diwakili oleh 2 orang pegawai Unit Pengurusan Nilai (UPN) yang membentangkan kertas persidangan yang berjudul:-

  1. “Delivering Value For Public Construction Projects in Malaysia – Understanding the Challenges and Lessons Learned” (Pengarang: Pn. Zawidatul Asma Binti Ghazali & Pn. Sharifah Muna Binti Syed Murtadza)
     
  2. “Enhancing Value Transition Effectiveness within Design & Build (D&B) Procurement Route of the Malaysian Public Construction Projects” – Penerbitan kertas penuh (Pengarang: Sr. Rohanis Binti Ab. Ghani)

Pembentangan kertas berkenaan telah disampaikan oleh Kertas 1: Pn. Zawidatul Asma Binti Ghazali dan Kertas 2:Sr. Rohanis Binti Ab. Ghani yang ianya diaspirasikan dari pengalaman JKR dalam mengaplikasikan Kejuruteraan Nilai bagi projek-projek Kerajaan semenjak tahun 2011. Terdapat pembentang dan delegasi antarabangsa dari berbagai negara telah mengambil bahagian dalam persidangan tersebut iaitu dari Amerika Syarikat, Jepun, Malaysia, Australia, China, Taiwan, Vietnam, Korea Selatan, Thailand, India dan Great Britain.

Manakala dalam satu sesi International Forum di mana Puan Zawidatul Asma binti Ghazali iaitu Pengarah Kejuruteraan (Pakar Pengurusan Nilai) Unit Pengurusan Nilai (CPAB) telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel mewakili JKR Malaysia bagi mengupas mengenai pelaksanaan Value Management dalam Agensi dan Jabatan Kerajaan di Malaysia.

Antara tujuan platform antarabangsa ini adalah untuk meningkatkan perkongsian ilmu dan kemahiran yang praktikal dalam aplikasi metodologi Pengurusan Nilai ke arah pembangunan yang inovatif dan lestari. Ianya juga telah membuka peluang kepada JKR Malaysia untuk berkongsi inisiatif oleh JKR dan memperluaskan kolaborasi antarabangsa dalam memantapkan pelaksanaan Pengurusan Nilai khususnya dan juga amalan terbaik Pengurusan Projek amnya.

       

      

     

 

Berita oleh : Unit Pengurusan Nilai, CPAB