- Tajuk Kajian: Diagnostic Study on Medium Voltage Cable Condition Assessment Using Collective Testing.
Adalah dimaklumkan bahawa Ir. Nas Naweerah Binti Rahim, Jurutera Elektrik Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Perak telah membentangkan kertas kajian bertajuk “Diagnostic Study On Medium Voltage Cable Condition Assessment Using Collective Testing” di IEEE Sustainable Power and Energy Conference (iSPEC) 2024, Kuching, Sarawak pada 24-27 November 2024 bertempat di Waterfront Hotel, Kuching Serawak.
Kajian beliau menumpukan kepada penambahbaikan ke atas kaedah konvensional “preventive maintenance” yang diamalkan kepada “predictive maintenance” bagi memastikan bekalan elektrik yang stabil dan berdaya tahan ke arah tenaga boleh baharu.Kajian ini mengaplikasikan pengujian ke atas aset voltan sederhana menggunakan teknologi dan kaedah terkini dalam memastikan ‘health condition’ aset sedia seterusnya membantu dalam menilai dan merancang senggaraan masa hadapan dengan lebih tepat dengan kos yang optimum. Penyelidikan beliau melibatkan infra elektrik yang disenggara oleh Jabatan Kerja Raya.
Pautan Penuh Kertas Kerja Pembentang : Diagnostic Study On Medium Voltage Cable Condition Assessment Using Collective Testing
- Tajuk Kajian: Strengthening Data Governance and Data Quality in Immovable Asset Management toward Digital Transformation in Public Works Department of Malaysia.
Adalah dimaklumkan bahawa, Ir.Ts Mohd Suharizal Bin Mahamad Subri, Jurutera Mekanikal Kanan dari Cawangan Perancangan Aset Bersepadu(CPAB) telah membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk “Strengthening Data Governance and Data Quality in Immovable Asset Management” sempena Persidangan AMPEAK 2025 – New Waves in Asset Management yang telah berlangsung pada 6 hingga 9 April 2025 bertempat di The Star, Gold Coast, Queensland, Australia.
Kertas kerja beliau menumpukan penambah baikan tadbir urus dan kualiti data Aset Tak Alih kerajaan, selaras dengan transformasi pendigitalan JKR Malaysia. Kajian ini turut melibatkan tinjauan terhadap lebih 300 pengurus dan pegawai aset yang berperanan sebagai agen penggerak dalam memperkasa pengurusan data Aset Tak Alih kerajaan.
Pautan Penuh Kertas Kerja Pembentang : Strengthening Data Governance and Data Quality in Immovable Asset Management toward Digital Transformation in Public Works Department of Malaysia
Penyertaan pegawai-pegawai jabatan dalam persidangan antarabangsa bukan sahaja mencerminkan keupayaan dalam bidang teknikal, malah ia mencerminkan komitmen jabatan terhadap penyelidikan dan inovasi kejuruteraan, sebagaimana teras Pelan Strategik dan Pelan Bisnes jabatan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 689 bacaan