Date: Rabu, Jun 29, 2022

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Nasfiza binti Mokhtar, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia ditukarkan ke Jawatan Kumpulan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat dan ditempatkan secara Peminjaman ke Pasukan Pemantauan Projek Pakej 2 (Projek Jalan Pintasan Dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Hitam) di bawah Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd selama 2 tahun mulai dari 4 Julai 2022 sehingga 3 Julai 2024 sebagai Pengarah Projek setara Gred Utama C. Semoga YBrs. Ir. Nasfiza Binti Mokhtar dapat memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.