Date: Rabu, Januari 26, 2022

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Suhaizad Bin. Hj. Sulaiman, Pengarah JKR WP Labuan, diatas pencapaian pemilikan Paten produk INTELLIGENT COUNTER TRAFFIC FLOW (1-COTF) Daftar Hak Cipta, Akta Hak Cipta 1987 dibawah Intellectual Property Corporation Malysia (MyIPO).

I-COTF adalah merupakan produk yang dibangunkan dengan Kerjasama Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan, bertujuan untuk mengira dan menentukan isipadu aliran lalu lintas serta tahap persimpangan secara kiraan automatik melalui pindahan data oline sistem elektronik database.

Ciri-ciri produk I-COTF adalah rekabentuknya yang kecil, ringan dan mudah dibawa serta kebolehkerjaan di pelbagai cuaca membantu pelaksanaan bancian penentuan isipadu aliran lalui lintas serta penentuan tahap persimpangan dengan lebih efisien, jimat masa dan tenaga kerja.

I-COTF telah dibentangkan di peringkat antarabangsa dan seterusnya memenangi Gold Medal dan Best Category in Civil Engineering pada International Creative And Innovative Produk Exhibition (ICrIPE) tahun 2020.